Wednesday, 30 March 2016

KECURANGAN MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

KECURANGAN MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Rumahtangga adalah amanah sedangkan curang adalah sifat tidak jujur dan khianat yang berdosa besar di dalam Islam.

Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain, selalu chatting, telefon, telesidang skype dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok. Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah HARAM, bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat.

Isteri wajib menjaga kehormatan diri, keluarga serta taat kepada suami dan mendapatkan keizinan daripada suami.

Individu yang curang perlu meminta maaf daripada pasangan dan bertaubat.

Syarak MENGHARAMKAN seseorang isteri menyimpan perasaan suka, apatah lagi cinta kepada lelaki lain yang bukan suami nya.


ALLAH MELAKNAT ISTERI KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI

Rasulullah bersabda: “Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta’ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang.” (Riwayat Al Bazzar).

ISTERI TIDAK BERSYUKUR
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”
(Riwayat Muslim)

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”

ISTERI MEMINTA DICERAIKAN.
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga.”(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).


No comments:

Post a Comment